Carian
Laptop Gaming AI ASUS Zephyrus G16 Dan ASUS TUF Gaming A14/A15 Turut Dilancarkan
June 3, 2024 Fahim Zahar

ASUS kini sudah mempunyai Vivobook dengan AI, ProArt atau juga Zenbook. Terbaru laptop gaming ASUS turut telah dikemaskini dengan AI iaitu Zephyrus G16, TUF Gaming A14 dan A15. Seperti ProArt dan Zenbook, laptop gaming ASUS ini turut mempunyai pilihan cip AMD Ryzen 9 AI HX 370 dengan penambahan AMD Ryzen AI XDNA 2 NPU yang boleh mencapai kuasa 50 TOPS. GPU pula adalah AMD Radeon 800M yang terbina pada CPU dan RTX 4070.

Zephyrus G16

Laptop ini menggunakan skrin 16-inci ROG Nebula Display OLED beresolusi 2.5K (2560 × 1600) dan menyokong kadar segar semula 240 Hz. Ia turut menyokong G-Sync, VESA DisplayHDR, True Black 500 dan Dolby Vision. Laptop gaming AI ini menggunakan GPU RTX 4070 dengan kemampuan AI 321 TOPS pada kuasa optimum 105w TGP.

Zephyrus G16 menyokong ciri AI meningkat resolusi permainan video serta memproses AI dari dalam peranti dengan kuasa 402 TOPS. Kipas ROG Intelligent Cooling turut dimuatkan untuk sistem penyejukan dengan teknologi Arc Flow Fans. ASUS menawarkan memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan mencapai 1TB NVMe SSD. Pembaca kad SD pula adalah jenis Express 7.0 dan sambungan Internet dengan WiFi 7.

TUF Gaming A14 Dan A16

ASUS tidak melupakan siri TUF Gaming iaitu keluarga laptop gaming mampu milik berbanding ROG Zephyrus. Dua model diperkenalkan iaitu A14 dan A16 yang turut dijana dengan pilihan cip mencapai AMD Ryzen AI 9 HZ 370 dengan pelbagai pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX. Kuasa AI pada laptop ini mencapai sehingga 50 TOPS untuk ciri peningkatan prestasi pintar, sokongan DLSS Super Resolution, dan banyak lagi.

Setiap TUF Gaming A14 dan A16 berkongsi spesifikasi sama dan yang membezakannya adalah saiz skrin sahaja. Bercakap mengenai skrin, ia menggunakan saiz 14-inci atau 16-inci beresolusi 2.5K dengan kadar segar semula 165Hz. ASUS masih belum mendedahkan butiran yang lengkap mengenai laptop ini, tetapi dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Komen