Carian
Qualcomm Mengacah Desktop Dengan Cip Snapdragon X Elite
June 3, 2024 Effi Saharudin

Setakat ini cip Qualcomm Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus hanya ditawarkan pada Copilot+ PC dalam bentuk komputer riba dan tablet Surface. Di Computex yang sedang berlangsung di Taiwan hari ini, Qualcomm memperlihatkan rekaan PC desktop dengan cip Snapdragon X Elite yang bakal ditawarkan kelak.

Imej sebuah PC bersaiz kecil seakan Mac Mini dan AIO dapat dilihat pada imej yang diperlihatkan ketika ucap tamam CEO Qualcomm Cristiano Amon. Beliau mengatakan cip Snapdragon X akan tiba ke lebih banyak jenis PC. Dengan kepelbagaian rekaan, Amon berkata terdapat PC dengan cip Snapdragon X untuk semua.

Ini bukanlah berita baharu kerana tahun lalu wakil Qualcomm mengesahkan kepada kami cip Snapdragon X Elite boleh ditawarkan pada desktop lengkap dengan sistem penyejukan aktif (pada model semasa tiada sistem penyejuk berkipas digunakan) dan turut boleh dipadankan dengan kad grafik diskrit seperti yang dikeluarkan oleh AMD atau NVIDIA.

Komen