Carian
Imej Rasmi Honor Magic V Flip Diperlihatkan Kepada Umum
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Honor sudah bersedia untuk melancarkan telefon boleh lipat dengan rekaan clamshell pertamanya pada 13 Jun 2024. Peranti berkenaan akan dikenali sebagai Magic V Flip dan rekabentuknya juga sedia diperlihatkan dalam beberapa imej promosi rasmi di Weibo.

Magic V Flip boleh disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, merah jambu dan hitam. Ia kemudiannya mempunyai skrin sekunder besar yang dikhabarkan bersaiz lebih daripada 4-inci dengan sokongan dwi-kamera utama yang disertakan bersama. Sebuah LED Flash juga disediakan dengan ianya diletakkan pada bahagian belakang peranti sekaligus tampak berbeza berbanding telefon boleh lipat clamshell yang lain. Bahagian skrin dalam pula menempatkan sebuah lubang kamera di bahagian tengah menjadikan rekaan peranti nampak simetri. Selain juga dilengkapi bezel nipis yang terbina ke dalam bingkai peranti.

Honor turut mengesahkan beberapa spesifikasi dalaman untuk Magic V Flip. Antaranya seperti telefon ini akan menawarkan 12GB RAM dan tersedia dalam tiga pilihan storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Selain itu peranti juga akan menyokong pengecasan pantas 66W, selain turut dijangka mempunyai bateri sebesar 4,500mAh.

Komen