Sony PlayStation VR2 Boleh Digunakan Di PC Bermula 7 Ogos
Effi Saharudin
Pemilik Sony PlayStation VR2 boleh menggunakan set realiti maya mereka pada PC bermula 7 Ogos depan menerusi penyesuai yang akan dijual oleh Sony. Menerusinya permainan VR PC boleh diakses menerusi stor Steam di PS VR2.

Walaupun sokongan untuk permainan VR menerusi Steam diberikan, tidak semua ciri PS VR2 yang wujud pada PS5 disokong pada PC. Pertama sekali Adaptive Trigger pada alat kawalan tidak boleh digunakan dengan ia sekadar hanya boleh memberikan getaran haptik. Sokong HDR, timbal balas haptik pada set kepala, dan penjejakan mata juga tidak disokong. Ini kerana semua ciri ini dibangunkan khusus untuk PS5 sahaja.

Penyesuai PS VR2 untuk PC dijual pada harga $59.99 (~RM283) sebuah. Pemilik juga harus membeli sendiri kabel yang menyokong DisplayPort 1.4 secara berasingan. Spesifikasi minima untuk menggunakan PS VR2 di PC adalah seperti di bawah.
| Sistem Operasi | Windows 10 64-bit / Windows 11 64-bit |
| Cip Pemproses | Intel Core i5-7600 / AMD Ryzen 3 3100 (Zen 2 atau selepasnya) |
| RAM | 8 GB |
| GPU | NVIDIA GeForce GTX 1650 (sekurang-kurangnya GPU Turin) Siri NVIDIA RTX AMD Radeon RX 5500XT AMD Radeon RX 6500XT |
| DisplayPort | DisplayPort 1.4 |
| USB | Sambungan terus |
| Bluetooth | Bluetooth 4.0 |
https://blog.playstation.com/2024/06/03/playstation-vr2-players-can-access-games-on-pc-with-adapter-starting-on-august-7/[sumber] PlayStation Blog [/sumber]