Samsung menggantikan penggunaan sistem Tizen OS pada jam tangan Galaxy Watch mereka pada tahun 2021 dan berpindah ke Wer OS. Selepas tiga tahun, Samsung kini mengesahkan jam tangan Tizen OS tidak lagi akan disokong oleh mereka bermula 30 September 2025.

Tetapi bermula 31 Mei 2025, pengguna tidak lagi boleh memuat turun sebarang aplikasi baharu di jam menerusi Galaxy Store. Selepas 30 September 2025 pula, muat turun dan kemas kini aplikasi pula tidak boleh dilakukan. Jam tangan masih lagi boleh berfungsi tetapi tanpa sebarang sokongan perisian daripada Samsung dan juga aplikasi.
Jam tangan Tizen yang akan terkesan dengan penamatan sokongan Samsung adalah seperti di bawah. Semua jam tangan Wear OS bermula dengan Galaxy Watch4 masih lagi akan disokong pada ketika ini.
- Semua model Galaxy Gear
- Galaxy Watch
- Galaxy Watch Active
- Galaxy Watch Active 2
- Galaxy Watch 3