Carian
ASUS ROG Prism Delta 2 Dengan Sokongan Tri-Mod dan Bateri 110 Jam Dilancarkan
June 4, 2024 Effi Saharudin

ASUS ROG Prism Delta 2 turut telah dilancarkan di Computex dengan ia adalah fon kepala gaming tiga mod. Ia boleh disambung kepada peranti menggunakan tambatan bluetooth, 2.4 GHz dan kabel 3.5mm. Cawan telinga dilengkapi pemandu audio 50mm dengan kubah titanium dan juga sistem lampu RGB.

Kekuatan fon kepala ini ialah ketahanan bateri sehingga 100 jam dengan sekali caj. Bagi golongan gamer pula, span pada cawan dan angkup telinga direka untuk memberikan keselesaan untuk pemakaian yang lama.

Menerusi teknologi DualFlow pula, Prism Delta 2 boleh disambungkan kepada dua peranti serentak. Satu menerusi BT dan satu lagi menerus 2.4 GHz. Dongel untuk sistem 2.5GHz pula menggunakan sambungan USB-C. ASUS ROG Prism Delta 2 akan mula dijual bermula Q3 2024 tetapi harga belum diumumkan.

Komen