Carian
China Bakal Menjadi Negara Pertama Mengembalikan Sampel Dari Sisi Jauh Bulan Ke Bumi
June 4, 2024 Effi Saharudin

China bakal menjadi negara pertama yang berjaya mengembalikan sampel daripada permukaan sisi jauh bulan kembali ke bumi. Proba Chang’e 6 mendarat di permukaan pada Sabtu lalu dan mula menggerudi sampel daripada permukaan bulan.

Pada ini bekas yang mengandungi sampel telah berjaya dilancarkan daripada permukaan bulan untuk disambut oleh kapal angkasa yang kemudian akan mengembalikannya di bumi. Sekiranya semua berjalan lancar, sampel pertama dari sisi jauh bulan akan mendarat di Mongolia Dalam pada 25 Jun depan.

Pada tahun 2019, China menjadi negara pertama berjaya mendaratkan proba di sisi jauh bulan menerusi misi Chang’e 4. Sampel yang dikutip akan membantu saintis mengkaji asal usul pembentukan bulan dan juga secara tidak langsung pembentukan bumi.

Komen