Carian
Intel Lunar Lake Dikilangkan Dengan Proses N3B TSMC, Panther Lake Akan Menggunakan Proses Intel 18A
June 4, 2024 Nazrin

Intel baru sahaja memperkenalkan cip pemprosesan komputer riba generasi ke-15 mereka, Intel Lunar Lake yang memperlihatkan rekaan dan ciri-ciri serba baru yang menjadikannya salah satu daripad komponen CPU dengan kemampuan AI yang terbaik di pasaran sekarang.

Sewaktu acara Intel Tech Tour yang berlangsung pada minggu lepas, pihak Intel telah mengesahkan bahawa cip Lunar Lake dikilangkan menggunakan proses N3B (3nm) oleh TSMC. Ia diterangkan bahawa perkara ini berlaku kerana kilang Intel dengan proses Intel 3 masih belum bersedia sewaktu cip Lunar Lake sepatutnya dikeluarkan.

Walaupu begitu, sewaktu acara ucaptama Intel pada pagi ini,, Pat Gelsinger telah menunjukkan wafer semikonduktor pertama cip generasi akan datang mereka, Intel Panther Lake dan mengesahkan bahawa cip pemprosesan tersebut akan kembali dikilangkan oleh Intel sendiri, menggunakan proses Intel 18A (18 Angstrom @ 1.8nm) yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2025.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa cip Panther Lake akan dikilang dengan proses tersebut, tetapi ia hanya disahkan oleh CEO Intel sendiri pada hari ini. Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai Panther Lake sekarang, tetapi jangkaannya ialah ia akan memperlihatkan nilai IPC, TOPS yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah kelak.

Komen