Hari ini Honor Malaysia telah mengumumkan peranti terbaru mereka dalam kelas pertengahan iaitu Honor 200 dan Honor 200 Pro. Meskipun dalam kelas pertengahan, ia hadir dengan spesifikasi menarik termasuklah fungsi AI terbina padanya.

Kedua-dua variasi ini membawakan fungsi kamera AI Matrix yang mengetengahkan kamera yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio. Ini dijayakan menerusi kamera utama 50MP dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode. Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat. Kerjasama dengan Harcourt ini adalah studio penggambaran potret dari Perancis, bagi menambah baik algoritma penggambaran portret yang digunakan dalam Honor AI Portrait Engine.

Sistem kamera yang digunakan adalah kamera telefoto 50MP Sony IMX 856, kamera sudut lebar 12MP yang turut dilengkapi OIS dan EIS serta kamera swafoto 50MP. Bagi Honor 200, ia menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX 906 1/1.56-inci manakala Honor 200 Pro menggunakan kamera utama 50MP H9000 1/1.3-inci. Perbezaan kamera ini memberikan fungsi AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing khas untuk Honor 200 Pro.

Buat masa ini tiada sebarang pra-tempah dan pengumuman rasmi berkenaan harga, namun ia dijangka akan dijual seawal bulan ini.