Carian
Menara Setinggi 1KM Ini Menjana Bekalan Elektrik Lestari
June 4, 2024 ā€¢ Effi Saharudin

Bekalan elektrik yang dijana menggunakan sumber lestari adalah perlu bagi keperluan masa depan bagi menghalang peningkatan suhu bumi dan isu bekalan bahan api fosil yang semakin berkurangan. Terdapat beberapa usaha sedang dilakukan seperti pelakuran nuklear menggunakan suhu seperti permukaan matahari. Tetapi firma senibina Skidmore, Owings & Merrill (SOM) bekerjasama dengan Energy Vault HoldingsĀ untuk membina menara setinggi ketinggian 1km yang boleh menjana bekalan kuasa lestari.

Menara Evu dengan ketinggian antara 300-1000 meter akan mempunyai pemberat yang dinaikkan ke tingkat teratas ketika penggunaan elektrik rendah. Apabila bekalan elektrik diperlukan, pemberat ini akan diturunkan dan menggerakkan generator elektrik. Tenaga elektrik dijana sepenuhnya menggunakan tenaga kinetik. Setiap menara Evu boleh menyimpan sehingga beberapa GWh tenaga elektrik yang mencukupi untuk keperluan menara dan bangunan persekitaran.

Pada ketika ini bangunan dengan sistem penyimpanan tenaga graviti (GESS) ini masih sekadar konsep. Tetapi SOM mempunyai pengalaman membina menara super tinggi menerusi penglibatan mereka dalam rekaan Burj Khalifa.

Komen