Carian
ChatGPT Mengalami Masalah Untuk Diakses
June 4, 2024 Aman

Salah satu perkhidmatan kecerdasan buatan popular, ChatGPT kini dilihat mengalami masalah untuk diakses – sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan buat sementara waktu.

Buat masa ini, pihak OpenAI sendiri masih belum memaklumkan pengguna berkenaan hal ini – dan apakah sebab disebaliknya.

Bagi anda yang ingin mengakses perkhidmatan kecerdasan buatan berbentuk janaan ini, boleh menggunakan beberapa alternatif lain, termasuk Anthropic dan juga Google Gemini sebagai alternatif untuk ChatGPT ini.

Komen