Carian
Tecno Pova 6 Neo Kini Di Malaysia Dengan Harga RM699
June 4, 2024 Amy Maizuraa

Tecno Pova 6 Neo telah ditawarkan di Malaysia dengan harga jualan RM699 sekaligus menjadikannya sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang mampu milik. Ketersedian peranti bermula esok iaitu 5 Jun 2024 melalui beberapa saluran rasmi Tecno Malaysia seperti Lazada dan Shopee.

Tecno Pova 6 Neo menggunakan skrin LCD FHD+ sebesar 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Diikuti juga pelancar terkini HiOS 14 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap. Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP + Light Sensor untuk utama dan swafoto sebesar 8MP. Kemudian bateri 7000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W.

Komen