Carian
Infinix Note 40 5G Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,299
June 4, 2024 Amy Maizuraa

Infinix Note 40 5G secara rasminya dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM1,299 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain itu, peranti juga disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Titan Gold. Anda yang berminat boleh membuat pratempah sekarang melalui beberapa saluran rasmi Infinix yang termasuk Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Infinix Note 40 5G menggabungkan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7020 bersama perisian terkini XOS 14 berasaskan Android 14 untuk tunjang utama. Diikuti juga bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W, kamera utama 108MP +2MP + 2MP dan swafoto sebesar 32MP sebagai pelengkap.

Komen