Carian
Microsoft Kini Memudahkan Penghasilan Grafik Pelakat Dikuasakan AI Melalui “Sticker Creator”
June 5, 2024 Aman

Microsoft kini hadir dengan sebuah penawaran baharu dibawah Microsoft Designer, dinamakan sebagai Sticker Creator. Seperti pada namanya, ia memudahkan para pengguna dalam menghasilkan grafik pelekat sendiri berasaskan kepada input teks, dan seterusnya boleh menggunakan ia dalam berkomunikasi bersama rakan-rakan lain.

Dibawah Sticker Creator, pengguna boleh menulis prom mereka tersendiri dalam menghasilkan pelekat mereka, atau turut memilih untuk menggunakan sejumlah prom yang disediakan oleh Microsoft, dan hanya melakukan sedikit penyuntingan sahaja.

Microsoft menyatakan mereka menggunakan sokongan penjanaan DALL-E untuk menjana pelekat ini. Bagi anda yang berminat, boleh menggunakan Sticker Creator ini secara percuma hari ini, dan menghasilkan pelbagai pelekat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Komen