Carian
Bill Gates Bakal Lancar Buku Biografi Pada 2025
June 5, 2024 Aman

Bill Gates kini berkongsi menyatakan akan melancarkan buku baharu beliau “Source Code : My Beginnings”, menyentuh pelbagai perjalanan kisah hidup Bill Gates daripada budak kecil sehingga meninggalkan kolej dalam memulakan Microsoft.

Melalui buku berkenaan, Bill Gates menyatakan menyentuh berkenaan sejumlah perkara, termasuk pembelajaran, perhubungan, dan juga pelbagai pengalaman yang menjadi teras utama pada diri dan kehidupan beliau.

Bill Gates mengatakan pelbagai kehidupan beliau sejak menubuhkan Microsoft sedia ditulis ramai, tetapi kehidupan beliau ketika zaman kecil tidak didokumenkan.

Buku yang dinamakan Source Code ini dijangka diterbitkan pada 4 Februari 2025 kelak.

Komen