Carian
Ladang Solar Terbesar Dunia Mula Beroperasi Di China – Seluas 100,000 Padang Bola
June 5, 2024 Effi Saharudin

Ladang tenaga solar terbesar dunia telah memulakan operasinya di Xinjiang, China minggu ini. Ia mempunyai kemampuan 5 GW dan meliputi kawasan seluas 200,000 ekar dan menghasilkan 6.09 bilion kWh tenaga elektrik setiap tahun. Ini bersamaan hampir 100,000 pada bola sepak dan memenuhi 4% keperluan tenaga tahunan Malaysia.

Gambar – Xinhua

Lokasi ladang adalah berhampiran Urumqi, ibu negeri Xinjiang di kawasan padang pasir. Rekod sebelum ini dipegang oleh kompleks solar Golmud Wutumeiren yang juga terletak di China dengan kemampuan 3 GW. China ialah negara yang paling rancak membangunkan ladang solar bagi memenuhi sasaran menjadi negara karbon neutral menjelang 2060.

Ini juga adalah antara sebab mengapa China kini mendahului dunia dalam pengeluaran dan penggunaan EV. Ini adalah sebahagian usaha untuk menghilangkan label China sebagai negara pencemaran kerana menjadi kilang dunia sejak 1990an.

Komen