Carian
Realme C63 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM599
June 5, 2024 Fahim Zahar

Realme C63 adalah telefon pintar kelas asas baharu realme. Selepas satu minggu peranti ini diacah dan pra-tempahan dibuka, peranti ini kini telah dijual secara rasmi di Malaysia. realme C63 menggunakan skrin 6.74″ LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Unisoc T612 menjadi cip pemprosesan peranti ini yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Jika 128GB tidak mencukupi, slot kad microSD yyang menyokong sehingga 2TB turut disediakan. Untuk kamera, hanya ada satu sahaja sensor utama iaitu 50MP. Sementara kamera swafoto pula adalah sensor 8MP. Peranti menjalankan realme UI 5.0 berdasarkan Android 14. Bateri peranti pula adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 45W SuperVOOC. Speaker adalah mono dengan teknologi 200% UltraBoom.

realme turut menyediakan dua ciri premium pada peranti kelas asas ini, iaitu Air Gestures yang membenarkan pengguna kawal dengan gestur atas udara seakan kesatria Jedi dalam Star Wars dan juga Rainwater Smart Touch yang membolehkan skrin disentuh di bawah hujan. Mini Capsule 2.0 turut diberikan untuk pengalaman penggunaan seakan Dynamic Island pada iPhone. Harga jualan di Malaysia adalah RM599 untuk 8/128 GB dengan dua pilihan warna iaitu Leather Blue atau Jade Green.

Komen