Carian
Malaysia Dijangka Guna Perkhidmatan “Direct-To-Device” Seawal 2026 Atau 2027
June 5, 2024 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi, menyatakan Malaysia dijangka menggunakan perkhidmatan telekomunikasi terus dari satelit, dinamakan “Direct-To-Device”, menjelang seawal 2026 atau 2027.

Dengan penawaran ini, ia akan membolehkan satelit terus berhubung ke telefon pintar milik pengguna, tanpa memerlukan sebarang perkakasan tambahan. Ini, sekaligus membolehkan satelit beroperasi seolah-olah menara telekomunikasi. Penggunaan ini akan menawarkan liputan 100%, memandangkan kawasan yang sukar dicapai diliputi dengan capaian berasaskan satelit ini.

Bercakap mengenainya, Menteri Komunikasi menyatakan Malaysia dijangka menggunakan perkhidmatan “Direct-To-Device” ini seawal 2026 atau 2027. Buat masa ini, Malaysia dalam perbincangan bersama tiga firma antarabangsa yang menguruskan teknologi seumpamanya, namun masih tiada sebarang permohonan untuk penggunaannya.

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut sedang melihat padanya, dan masih pada peringkat ujian lagi.

Komen