Brave merupakan salah satu pelayar web berasaskan enjin Chromium, dan hadir dengan ciri-ciri seperti penghalang iklan, integrasi sokongan carian tersendiri, serta beberapa pengoptimasian yang lain. Brave diasaskan oleh bekas pengasas Mozilla dan Firefox.

Terbaru, pengasasnya berkongsi menyatakan bulan Mei 2024 merupakan bulan yang paling besar untuk Brave setakat ini. Angka penggunanya terus meningkat, dan bukan setakat menggunakan pelayar web sahaja, tetapi juga turut menggunakan sokongan carian Brave Search.
Pada Mei 2024 lepas, Brave menyaksikan sekitar 78.95 juta pengguna aktif bulanan, dan sekitar 28.64 juta pengguna aktif harian. Disamping itu, Brave Search juga menyaksikan lebih 843.02 juta carian berlaku setiap bulan melaluinya.
Dengan peralihan musim akan datang, CEO Brave menyasarkan angka penggunaan mungkin berkurang sedikit disebabkan oleh cuti sekolah dan percutian. Namun, tidak mustahil juga Brave terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pelayar web pada bulan-bulan akan datang, sehingga berjaya mencapai 100 juta pengguna.