Carian
Boost Bank Kini Boleh Didaftar – Bank Digital Konvensional Oleh Boost Dan RHB
June 6, 2024 Aman

Ramai yang sedia mengenali akan dompet digital Boost, yang sangat popular suatu ketika dahulu. Kini, selain dompet digital, pihak disebaliknya juga turut memulakan bank digital tersendiri, dinamakan Boost Bank. Ini sekaligus menjadikan Boost Bank sebagai bank digital ketiga di Malaysia yang boleh digunakan orang ramai, selepas GXBank dan juga AEON Bank.

Boost Bank merupakan perkhidmatan perbankan digital usahasama Boost dan juga RHB. Melaluinya, Boost mempunyai pegangan sebanyak 60%, sementara RHB mempunyai pegangan baki sebanyak 40%.

Melalui aplikasi Boost Bank, penawarannya masih agak terhad buat masa ini. Pengguna boleh membuka akaun simpanan terus melalui aplikasi berkenaan, menambah wang daripada akaun bank lain, dan juga menghasilkan “Jar” untuk melakukan simpanan khas dengan kadar pulangan lebih tinggi. Dibawah Boost Bank, ia menawarkan kadar faedah 0.5% p.a untuk simpanan bawah RM2000, dan 2.5% p.a untuk simpanan lebih RM2000. Pengguna turut boleh menerima kadar pulangan lebih tinggi dengan melakukan simpanan pada “Savings Jar”.

Untuk makluman, simpanan Boost Bank merupakan simpanan konvensional, dan bukannya perbankan Islam. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Boost Bank hari ini dengan memuat-turun aplikasi Boost Bank di Google Play Store dan Apple App Store.

Komen