Carian
Tiada WF-1000XM6 Tahun Ini, Sony Mungkin Fokus Pada Generasi LinkBuds Baharu
June 6, 2024 Fahim Zahar

Selepas lebih tiga tahun menantikan pengganti Sony WF-1000XM4, iaitu XM5 saya terus marah dengan Sony kerana fon telinga mercu yang ditunggu lama tidak cukup padu. Sony tidak membawakan ciri yang membuatkan saya teruja selain berjaya mengecilkan saiz fon telinga mercu ini. Terbaru, Sony dikatakan tidak akan melancarkan siri XM6 tahun ini kerana ingin fokus kepada siri LinkBuds generasi baharu.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana siri 1000XM biasanya dilancarkan setiap tiga tahun. Dua TWS LinkBuds dijangka akan tiba iaitu LinkBuds yang memfokuskan audio baik dengan rekaan donat untuk mod ambien yang semula jadi. Sementara LinkBuds S memfokuskan sokongan ANC dalam tubuh yang sangat ringan. Sony juga sejak kebelakangan ini sudah mula memfokuskan penawaran audio mercu pada produk yang lebih mampu milik, seperti baru-baru ini ULT Wear yang berharga RM899 dengan ciri seakan WH-1000XM5. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Komen