Carian
Silicon Power Memperkenalkan SSD Padat SP MX10 Dengan Sokongan Magsafe
June 6, 2024 Nazrin

Silicon Power, jenama elektronik yang terkenal untuk penawaran storan padat dan mudah-alih mereka telah memperlihatkan beberapa penawaran storan baru untuk para pengguna peranti pintar, dan ia termasuklah rangka storan mudah-alih SP MX10 dan juga SP SSD PX20.

Bermula dengan SP MX10, ia adalah sebuah SSD padat yang dibangunkan untuk para pengguna tegar peranti-peranti pintar. Ia hadir dalam pilihan storan 512GB, 1TB dan juga 2TB. Storan ini boleh disambungkan ke peranti pintar anda dimana ia akan

Rangka SSD ini juga hadir dalam bentuk bulat dan menyokong lekapan Magsafe pada peranti iPhone 13 dan keatas. Pihak Silicon Power mengatakan merekajuga akan memberi pelekat magnet dengan setiap unit ini untuk membolehkan peranti-peranti pintar lain melekapkan storan ini pada rangka mereka.

Untuk SP SSD PX20 pula, Ia hadir dengan rekaan yang sedikit lebih besar, tetapi tampil dengan rekaan yang lebih agresif, menggunakan logam aluminum yang lebih premium. Rangka ini digunakan kerana ia boleh digunakan sebagai storan mudah-alih untuk jurufilem iPhone yang merakam video dalam format Apple ProRes tanpa masalah.

Hadir dengan pilihan storan dari 1TB sehingga 4TB, SSD PX20 hadir dengan kelajuan penulisan data 20Gbps, dan rangka aluminum yang digunakan adalah untuk mengalirkan haba dari komponen memori ke rangka penyejukan dengan cepat dan berkesan.

Silicon Power mengatakan bahawa kedua-dua storan ini akan dijual di pasaran-pasaran terpilih, termasuklah Malaysia mungkin dalam masa beberapa bulan lagi. Setakat ini ia juga tidak diketahui lagi apakah tanda harga yang akan ditetapkan pada produk-produk ini.

Komen