Carian
Grab Telah Menjaga Kebajikan 180,000 Rakan Pemandu Dan Penghantar
June 6, 2024 Fahim Zahar

Hari ini Grab telah memaklumkan yang mereka berjaya menjaga kebajikan 180,00 rakan pemandu dan penghantar mereka melalui GrabBenefits. Perkara ini dijayakan dengan kerjasama bersama PERKESO untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Sejak bulan April lepas, RM4 Juta telah diberikan kepada 180,000 rakan Grab melalui inisiatif Caruman Padanan SKSPS Bajet 2024. Semasa tahun 2021, Grab hanya mencarum sebanyak RM10 juta untuk rakan Grab kelas atasan. Kemudian dengan pelaburan sebanyak RM5.5 juta pada tahun 2023, GrabInsure diperkenalkan sebagai pelan insurans perlindungan percuma semasa dan selepas bekerja. Pelan insurans tambahan mampu milik turut ditawarkan bagi menerima perlindungan tambahan untuk keluarga. 1 daripada 10 rakan Grab telah mendapatkan pelan ini.

Seterusnya adalah baucar pendahuluan untuk membantu rakan Grab menanggung kos perbelanjaan harian seperti petrol, barangan runcit serta penyelenggaraan kenderaan. Program bayaran ansuran tanpa caj tersembunyi turut diberikan dan 1 daripada 4 rakan telah mendapatkan manfaat ini. Menurut Grab sebanyak 73,000 baucar telah diberikan dengan penjimatan lebih RM200,000.

Grab Cash Financing-i pula adalah program pembiayaan patuh Syariah yang memberi rakan Grab kaedah pembayaran ansuran secara harian atau penolakan automatik. Program ini membenarkan rakan mereka untuk penyelenggaraan rumah, bayaran balik kenderaan, kos pendidikan sendiri dan keluarga, perubatan atau pembiayaan untuk perniagaan kecil. 1 daripada 4 rakan Grab telah menyertai program ini dan 50% daripadanya memohon lebih daripada sekali.

Dengan ini, Grab membuktikan yang mereka adalah syarikat yang serius dalam menjaga kebajikan rakan pemandu dan penghantar mereka. Selain turut komited dalam menawarkan produk kewangan yang bukan sahaja patuh syariah tetapi telus dan mempunyai fleksibiliti kepada semua orang.

Komen