Carian
Seasonic Dan Noctua Bekerjasama Memperkenalkan Bekalan Kuasa PC Yang Lebih Senyap
June 6, 2024 Nazrin

Seasonic, jenama pembuat bekalan kuasa komputer dan Noctua, jenama pembuat komonen penyejukan CPU baru-baru ini telah memperlihatkan kolaborasi pertama mereka yang mana mereka memperkenalkan bekalan kuasa Seasonic Prime TX-1600 Noctua Edition.

Siri bekalan kuasa Seasonic Prime TX ialah bekalan kuasa PC berprestasti tinggi mereka, dan bersama Noctua, mereka telah berjaya untuk mengurangkan bunyi bising daripada komponen kipas yang mengalirkan haba dari bekalan kuasa tersebut.

Perubahan pada bekalan kuasa Prime TX-1600 sebelum ini dapat diperlihatkan dari dua bahagian, yang pertamanya ialah jeriji pada bahagian luar bekalan kuasa, dan kedua ialah kipas yang digunakan. Noctua mereka sebuah jeriji baru yang memastikan bahawa bilah kipas tidak selari dengan mana-mana bahagian untuk mengurangkan bunyi dengung daripada kipas.

Bercakap mengenai kipas, bekalan kuasa ini menggunakan kipas Noctua NF-A12x25 dengan saiz 120mm dan berputar pada kadar 2000RPM. Ini dikatakan adalah lebih kecil dan perlahan berbanding dengan kipas yang digunakan pada model yang asal, tetapi mengurangkan bunyi daripada komponen bekalan kuasa sebanyak 10 desibel.

Pihak Noctua juga mengatakan bahawa bekalan kuasa ini, yang akan dipasarkan di rantau-rantau terpilih terlebih dahulu pada suku keempat tahun ini akan hadir dengan kabel 12V-2×6 yang baru, jadi pengguna tidak perlu risau mengenai sokongan kabel sekiranya pengguna mahu menggunakan PSU ini untuk menguasakan kad-kad grafik yang menelan kuasa tinggi seperti NVIDIA GeForce RTX 4090.

Komen