Carian
Apple Menjanjikan Sekurang-Kurangnya 5 Tahun Sokongan Kemaskini Untuk Siri iPhone 15
June 6, 2024 Aman

Apple sedia dikenali dengan sokongan perisian dan sekuriti untuk peranti mereka bagi tempoh yang lama. Terbaru, melalui permintaan pihak berkuasa di UK, Apple kini menyatakan mereka akan menawarkan sokongan minimum untuk siri iPhone 15 selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Apple menyatakan tempoh sokongan minimum untuk peranti mereka, dan mengikut sebelum-sebelum ini, kadang-kala Apple menawarkan tempoh sokongan yang lebih lama lagi.

Untuk makluman, ini kali pertama Apple menyatakan berkenaan perkara ini secara terbuka disebabkan oleh perundangan di UK. Sebelum ini, Apple tidak pernah menyatakan sebarang perkara berkenaan tempoh sokongan perisian atau sekuriti.

Sebagai perbandingan, beberapa pengeluar seperti Samsung dan Google menawarkan sehingga 7 tahun sokongan perisian dan sekuriti untuk peranti mereka.

Komen