Google sebelum ini telah memperkenalkan NotebookLM secara terhad di Amerika Syarikat, dengan fokus sebagai pembantu berasaskan kecerdasan buatan untuk melakukan kajian dan menulis. Selepas ditawarkan secara terhad, kini Google membuka akses kepada NotebookLM secara meluas bagi pengguna di 200 buah negara, termasuk Malaysia.

NotebookLM ini hadir dikuasakan oleh Gemini 1.5 Pro, dan berhasrat dalam membantu pengguna memahami sesuatu perkara dengan pantas, sekaligus menulis berkaitan dengannya lebih laju. Dengan integrasi Gemini 1.5 Pro, NotebookLM turut menawarkan sokongan multi-modal, membolehkan anda bertanyakan berkenaan gambar, carta, infografik, dan sebagainya. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menyertakan sumber daripada Google Slides, Google Docs, dan juga URL web untuk disemak dalam memberikan hasil kajian yang lebih baik melalui NotebookLM.
Daripada ujian ringkas kami sendiri, ia dilihat NotebookLM sangat membantu dalam melakukan sesuatu kajian dengan menyertakan sumber seperti PDF atau pautan web untuk disemak silang ketika melakukan kajian dan penulisan.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji sendiri NotebookLM hari ini, dan menggunakannya dalam menulis kertas kajian anda.