Cari @ Amanz

Nothing Akan Perkenal Telefon Pintar Pada Harga Kompetitif Melalui Subjenama CMF

Oleh Aman

Link Copied!

Nothing kini secara rasminya mengesahkan akan memperkenalkan telefon pintar pada harga kompetitif melalui subjenama mereka, CMF. Dinamakan sebagai CMF Phone 1, ia diacah bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini, dengan rekaan yang agak unik.

CMF sebelum ini telah memperkenalkan beberapa aksesori seperti fon telinga, dan ini akan menjadi telefon pintar pertama dibawah subjenama Nothing berkenaan. Ia turut ditekankan yang mana ia akan menjadi peranti asas untuk ekosistem produk CMF.

Buat masa ini, spesifikasi penuh peranti ini masih belum dikongsikan lagi. Mengikut beberapa info tertiris sebelum ini, CMF Phone 1 dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7200, selain rekaan bingkai plastik bersama kerangka polikarbonat.

Dengan pengesahan pihak CMF berkenaan CMF Phone 1 ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon pintar baharu ini.


Komen ()