Carian
Humane Dilaporkan Cuba Dijual Kepada HP
June 6, 2024 Effi Saharudin

Humane dilaporkan cuba dijual kepada HP pada harga sekitar $1 bilion seminggu selepas AI Pin keluaran mereka mula dijual menurut laporan New York Times. Mereka juga dikatakan hanya berjaya menjual sekitar 10,000 AI Pin yang jauh lebih rendah berbanding sasaran jualan 100,000 unit dalam tahun pertama ia dilancarkan.

Sejak dilancarkan AI Pin menerima pelbagai kritikan seperti sistem operasi yang tidak mesra pengguna, sistem AI yang perlahan, hanya sokongan 4G dan hayat bateri yang terlalu pendek jika dibandingkan dengan telefon pintar. Harga jualannya yang mahal bersama dengan langganan bulanan membuatkan ia semakin tidak mendapat sambutan di pasaran.

Berita penjualan ini hadir selepas Humane mengeluarkan amaran kepada pembeli untuk berhenti menggunakan pod pengecas kerana risiko kebakaran. Masa depan AI Pin semakin kelam kerana Google dan OpenAI menujukkan kemampuan pembantu maya mereka yang jauh lebih pantas dengan kemampuan model AI yang lebih terkini.

Komen