Carian
Siri Oppo Find X Akan Kembali Ke Pasaran Global
June 7, 2024 Rihhadatul Aisy

Oppo berhenti menawarkan telefon pintar siri Find X mereka di pasaran global sejak dua tahun lalu. Ramai yang merungut khususnya di Malaysia kerana Find X ialah siri telefon paling mercu mereka dengan kemampuan fotografi yang terbaik. Kepada peminat perantu Oppo, mereka telah mengesahkan siri Find X akan kembali dipasarkan ke peringkat global kelak.

Ini diumumkan dalam sebuah acara khas di London minggu ini. Tidak diketahui sama ada Find X7 atau Find X8 akan menjadi peranti yang akan kembali ke pasaran global tahun ini. Find X7 hanya dilancarkan di China pada Januari lalu dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan sistem kamera Hasselblad sementara Find X8 pula akan dilancarkan pada penghujung tahun.

Di Malaysia siri Find N ialah peranti paling mercu ditawarkan oleh Oppo tetapi dengan harga jualan yang agak mahal, tidak ramai mampu membeli peranti skrin lipat ini. Maklumat lebih lanjut mengenai pelan perancangan global Find X pastinya akan diumumkan oleh Oppo dalam masa terdekat.

Komen