Carian
Redmi 13 Dengan Kamera 108MP Berharga RM699 Di Malaysia
June 7, 2024 Aman

Xiaomi baru-baru ini telah mengumumkan pengenalan Redmi 13 secara rasminya, dan selari dengan pengenalan berkenaan, kini Xiaomi Malaysia turut mengumumkan penawaran Redmi 13 untuk pasaran tempatan.

Redmi 13 hadir dengan skrin 6.79-inci pada resolusi FHD+, dikuasakan cip MediaTek Helio G91-Ultra, kamera utama belakang 108MP yang dilengkapkan dengan kamera makro 2MP dan juga kamera hadapn 13MP. Melengkapkan ia juga adalah bateri 5030mAh, serta sokongan pengecasan pantas 33W. Peranti ini menyokong sehingga rangkaian 4G sahaja, serta dikuasakan sistem operasi Xiaomi HyperOS.

Redmi 13 akan ditawarkan di Malaysia bermula 14 Jun 2024 ini, pada harga RM699 untuk model 8GB RAM dan 256GB storan. Untuk waktu terhad juga, pembeli terawal akan menerima Redmi Buds 4 Active secara percuma apabila membeli Redmi 13.

Komen