Carian
Anda Boleh Ubah iPhone Menjadi Kamera Leica Dengan Aplikasi Leica Lux – RM29.90 Sebulan
June 7, 2024 Fahim Zahar

Sejak Xiaomi bekerjasama dengan Leica, kualiti kamera peranti mercu yang ditawarkan menjadi semakin memuaskan. Lebih menarik adalah apabila harga jualannya lebih murah berbanding pesaing dan mampu mimik kualiti kamera yang berganda mahal. Terbaru, Leica telah memperkenalkan aplikasi untuk iPhone bagi membolehkan ia mimik kamera Leica sebenar.

Leica Lux adalah aplikasi percuma digunakan tetapi dengan fungsi terhad. Untuk akses penuh, langganan RM29.90 sebulan dikenakan. Aplikasi ingin membenarkan kamera iPhone mempunyai hasil gambar seakan diambil dengan kamera filem. Fotografi seperti ini menjadi trend lagi-lagi dengan Fujifilm X100VI yang mempunyai penuras filem terbina.

Pada Leica Lux terdapat Leica Looks yang memberi pengguna pilihan kepada Leica Contemporary, Leica Classic, Leica Blue, Leica Selenium, Leica Sepia dan Leica Eternal. Mod potret yang mimik lensa mahal seperti Summilux-M 35mm f/1.4 ASPH dan classic Noctilux-M 50mm f/1.2 ASPH pada tahun 1966 juga boleh digunakan pada aplikasi ini.

Leica Lux turut boleh memanfaatkan sensor 48MP pada iPhone, menyimpan format ProRAW dan memaparkan informasi fotografi profesional seperti Histogram, Grid, Focus Peaking dan lain-lain. Aplikasi ini juga tiada masalah menggunakan kesemua kamera pada iPhone termasuk kamera swafoto. Jika anda menggemari aplikasi ini, langganan tahunan bernilai RM299.90 turut diberikan.

Komen