Carian
WhatsApp Business Turut Menerima Ciri AI Generatif
June 7, 2024 Fahim Zahar

Di negara terpilih, Meta telah menawarkan akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan generatif mereka. Ini termasuk mengakses Meta AI pada WhatsApp, Messenger dan juga Facebook. Terbaru, Meta mengembangkan penawaran akses AI ini kepada pengguna WhatsApp Business pula.

Antara yang ciri AI ini boleh lakukan adalah mencipta iklan klik-ke-WhatsApp, menjana jawapan untuk pelbagai soalan pelanggan dan juga membenarkan pengguna mencipta pembantu AI yang boleh menjadi ejen bantuan khidmat pelanggan. Buat masa ini, ciri kecerdasan buatan generatif pada WhatsApp Business hanya diberikan kepada pengguna di India, Singapura dan akan datang Brazil.

Meta turut menjamin yang pelanggan turut akan mengetahui dengan siapa mereka berbual pada WhatsApp kerana akan ada label memberitahu mesej yang dihantar oleh AI atau manusia. Sama-sama kita nantikan perkembangan ciri ini ke lebih banyak negara. Meta turut membawakan Meta Verified dan sokongan panggilan audio kepada pengguna perusahaan untuk memudahkan lagi urusan perniagaan. Pasti ciri ini akan membantu ramai peniaga kecil yang bergantung kepada WhatsApp seperti menggunakan ciri Katalog dan banyak lagi.

Komen