Carian
Google Akan Membawa Sokongan Menghantar Mesej Kecemasan Melalui RCS
June 7, 2024 Fahim Zahar

Rich Communication Service atau RCS adalah jawapan Google kepada Apple iMessage sebagai pengganti SMS, di mana setiap mesej dan kandungan disulitkan, akses memerlukan sambungan Internet dan menawarkan lebih banyak ciri dan fungsi mirip aplikasi pemesejan lain. Terbaru, Google akan membawa sokongan menghantar mesej kecemasan melalui RCS.

Buat masa ini, ciri ini terhad di Amerika Syarikat sahaja di mana 53% pusat panggilan 911 menyokong penghantaran mesej teks tetapi tidak menerima foto atau video. Dengan kerjasama bersama RapidSOS, pusat panggilan kecemasan ini akan mula menggunakan teknologi RCS. Ini secara tidak langsung membolehkan mangsa melihat pengesahan mesej diterima oleh pihak berkuasa, bukti dalam bentuk foto atau video dapat dihantar dengan resolusi tertinggi dan juga boleh berkongsi lokasi dengan tepat.

Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat ujian dan tidak pasti bila ia akan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Sumber turut tidak berkongsi sama ada jika Google turut akan membawa ciri lebih kurang sama dengan pihak berkuasa tempatan.

Komen