Carian
NVIDIA Memegang 88% Pasaran Kad Grafik
June 7, 2024 Effi Saharudin

Sebelum ini kami laporkan NVIDIA memegang 90% pasaran GPU pada pusat data. Tetapi bagaimana pula pegangan NVIDIA dalam pasaran kad grafik diskrit yang digunakan pada komputer peribadi? Menurut laporan terkini Jon Peddie Research, NVIDIA memegang 88% pasaran kad grafik pada Q1 2024.

Tempat kedua dipegang oleh AMD dengan 12% sementara Intel langsung tidak kelihatan dalam grafik di atas. Berbanding suku sama tahun lalu, pengeluaran kad grafik diskrit meningkat 39.2% dipacu oleh permintaan untuk menggunakan ciri AI dan bukannya untuk digunakan untuk gaming. Secara keseluruhan 8.7 Juta unit kad grafik dijual pada Q1 2024.

NVIDIA memperkenalkan beberapa perisian yang membolehkan pemilik menjalan sendiri beberapa model AI secara terus pada peranti. GPU yang baik diperlukan bagi menjana imej atau menjalan chatbot yang tidak memerlukan sambungan internet. Kerana permintaan tinggi ini, harga kad grafik masih lagi mahal seperti di zaman kehangatan melombong kripto beberapa tahun lalu.

Komen