Carian
Telegram Perkenal Telegram Stars Untuk Membayar Khidmat Dan Barangan Digital
June 8, 2024 Aman

Telegram kini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu dinamakan Telegram Stars. Melaluinya, ia memudahkan para pengguna untuk membayar kepada sebarang perkhidmatan atau produk digital secara terus melalui Telegram, dan membayar menggunakan Telegram Stars ini.

Untuk peringkat pengenalan ini, Telegram Stars boleh digunakan untuk membayar pada Telegram Bots dan juga aplikasi mini dalam perkhidmatan Telegram berkenaan.

Pengguna perlu terlebih dahulu membeli Telegram Stars ini menggunakan sokongan pembelian dalam-aplikasi Telegram, dan seterusnya menggunakannya dalam berbelanja dalam ekosistem Telegram. Dana yang dijana melalui Telegram Stars ini boleh dikeluarkan melalui bentuk Toncoins.

Telegram menyatakan Telegram Stars ini masih pada peringkat permulaan, dan kelak pengguna turut boleh menggunakannya dalam membayar kepada penerbit kandungan dan pempengaruh di platform Telegram – lebih kurang seperti di Facebook dan juga TikTok.

Dengan mempunyai lebih 900 juta pengguna, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Telegram Stars ini akan mengubah transaksi dan ekosistem dalam Telegram.

Komen