Carian
Apple Pay Malaysia Menambah Sokongan Untuk Bank VIB
June 9, 2024 Aman

Apple kini mengemaskini halaman sokongan Apple Pay di Malaysia, dan turut menambah satu lagi bank baharu yang disokong untuk pengguna tempatan, iaitu Vietnam International Commercial Joint Stock Bank (VIB). Dengan pengenalan ini, pengguna VIB sama ada kad kredit atau debit boleh menambah kad mereka di Apple Pay di Malaysia.

Ia tidak diketahui seramai manakah pengguna perbankan berkenaan di Malaysia.

Dengan penambahan ini, Apple Pay kini menyokong AmBank, HSBC, Maybank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, Wise, dan juga VIB Bank. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah bank utama lain akan turut menyokong Apple Pay di Malaysia – terutamanya yang dinantikan ramai adalah Bank CIMB.

Komen