Carian
Qualcomm Perkenal Cipset Snapdragon 6s Gen 3
June 9, 2024 Aman

Qualcomm kini secara senyap telah memperkenalkan cip pemprosesan asas-pertengahan mereka yang terbaru, iaitu Snapdragon 6s Gen 3 yang dibina menggunakan teknologi 6nm. Ia hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dan dilihat merupakan sedikit kemas kini berbanding cip Snapdragon 695 sebelum ini. Qualcomm juga dijangka menawarkan variasi modem 4G di bawah cip ini.

Snapdragon 6s Gen 3 ini hadir dengan cip Kryo dengan dua teras Cortex-A78 2.3GHz dan enam teras Cortex-A55 pada kelajuan 2.0GHz. GPU yang digunakan ialah Qualcomm Adreno 619. Melengkapkan cipset ini adalah sokongan modem 5G Snapdragon X51, selain turut menawarkan sokongan untuk QuickCharge 4+. Sementara itu cip ini menyokong memori RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti baharu yang akan hadir dikuasakan cip pemprosesan ini. Dengan pengenalan cip pemprosesan ini, kita mungkin melihat pengenalan peranti terawal menggunakannya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Komen