Carian
Rakaman Video Gerak Perlahan AI Samsung “Insant Slo-Mo” Akan Menyokong HDR10+
June 10, 2024 Fahim Zahar

Sokongan rakaman video gerak perlahan pada telefon pintar bukanlah ciri yang digunakan oleh semua orang. Walaupun begitu pengeluar peranti masih gemar mengemaskini ciri ini untuk memastikan orang ramai menggunakannya. Terbaru, Samsung akan mengemaskini sokongan rakaman gerak perlahan pada siri Galaxy S24.

Rakaman gerak perlahan ini adalah salah satu ciri AI generatif iaitu Instant Slo-Mo. Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan bagi menjana bingkai video tambahan untuk menjadikan video lebih realistik. Setiap video yang menggunakan mod ini hanya akan disimpan dalam format SDR, tetapi akan datang Samsung akan mengemaskini untuk mod ini menyokong format HDR10+.

Ciri Instant Slo-Mo buat masa ini terhad kepada pengguna Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+, Galaxy S24 Ultra. Sumber menyatakan sokongan kepada siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5, Z Flip5 dan siri Galaxy Tab S9 tidak lama lagi.

Komen