Walaupun media sosial ini adalah untuk penggunaan umum, tidak semua pengguna ingin kongsi kepada semua orang. Ada yang ingin berkongsi atau meluahkan sesuatu dengan kumpulan yang kecil dan ada juga yang ingin menjadikan media sosial platform tempat meluahkan seorang diri sahaja. Akan datang, WhatsApp akan membenarkan anda mengehadkan siapa yang boleh lihat Status yang dikongsi.

Sebelum berkongsi Status nanti, akan ada pilihan privasi sama ada untuk kongsi ke semua kenalan atau pilih siapa yang tidak akan nampak. Kemudian adalah pilih kenalan yang spesifik seperti yang tersayang sahaja. Ciri ini amat membantu jika anda aktif menggunakan Status tetapi tidak ingin semua kenalan anda melihat apa yang dikongsi. Buat masa ini, ia terhad kepada pengguna WhatsApp Beta 2.24.12.27 dan hanya akan diedarkan kepada semua orang tidak lama lagi.