Carian
X Ingin Membolehkan Anda Menambah Pengalaman Pekerjaan Pada Profil
June 10, 2024 Aman

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter sedia membolehkan perkongsian jawatan kosong melalui platform tersebut. Tidak berhenti setakat itu, kini X sedang membangunkan sebuah ciri baharu yang akan membolehkan pengguna menambah sejarah dan pengalaman pekerjaan masing-masing pada halaman profil.

Ini sekaligus akan melengkapkan lagi ciri pencarian kerja pada platform berkenaan, disamping memudahkan pengguna untuk menyemak pengalaman pekerjaan seseorang sebelum menawarkan atau mengambil mereka bekerja.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak X akan menambah ciri berkenaan. Dan ia akan menjadi menarik untuk melihat peralihan perkhidmatan sosial berkenaan sekiranya lebih ramai pengguna mula melakukan perkongsian lebih serius pada platform tersebut dalam usaha untuk mencari pekerjaan atau jawatan baharu.

Komen