Carian
vivo Y100 5G Orange Leather Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,199
June 10, 2024 Amy Maizuraa

vivo telah memperbaharui variasi Y100 5G di Malaysia dengan pengenalan warna jingga atau nama saintifiknya ialah Orange Leather. Ia sekaligus menjadi pilihan baharu yang menyertai dua pilihan warna sebelum ini iaitu Purple Leather dan Crystal Black. Tiada perubahan harga dan spesifikasi dibuat yang bermakna peranti boleh dimiliki pada RM1,199 sebuah.

Sementara itu, spesifikasi pula terdiri dengan skrin AMOLED FHD+ 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Kemudian sistem kamera utama menggunakan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) dan swafoto sebesar 8MP. Diikuti juga bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 80W dan sistem operasi baharu FunTouchOS berasaskan Android 14 sebagai pelengkap peranti.

Komen