Carian
Kerusi Gaming Mengurut Cooler Master Hybrid M Diperlihatkan
June 10, 2024 Nazrin

Cooler Master ialah sebuah jenama aksesori komputer dan gaming yang tidak asing lagi. Mereka telah memperlihatkan pelbagai jenis produk gaming, dan di acara Computex 2024, diantara perkakasan yang diperlihatkan mereka ialah kerusi mengurut Cooler Master Hybrid M.

Kerusi gaming ini menggunakan span acuan sejuk (cold-molded foam) yang tebal dan selesa untuk diduduk. Lebih menarik lagi, kerusi gaming ini tampil dengan fungsi mengurut terbina yang boleh dikawal fungsinya menggunakan aplikasi Hybrid M yang boleh dimuat-turun pada peranti pintar Android ataupun iOS.

Apa yang menarik mengenai fungsi mengurut pada kerusi ini ialah ia dikuasakan menggunakan power bank terbina, dan kerusi ini tidak perlu dipasang pada soket elektrik di dinding untuk mengaktifkannya, membolehken kerusi anda diletakkan dimana-mana sahaja.

Pihak Cooler Master memberitahu kami bahawa kerusi ini boleh mengurut bahu dan belakang pengguna selama satu jam dengan satu pengecasan penuh.

Selain daripada span yang tebal, rangka kerusi Hybrid M ini juga diperbuat daripada gabungan logam besi dan aluminum untuk memberi pengguna sokongan belakang yang terbaik dan teguh pada masa yang sama.

Setakat ini Cooler Master masih belum mengesahkan bilakah kerusi gaming mengurut ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Komen