Carian
Proton Mengadakan Acara Untuk EV Pada 12 Jun
June 10, 2024 Effi Saharudin

Proton berkongsi beberapa imej acah menerusi laman media sosial mereka sejak semalam. Berdasarkan tagar yang turut dikongsi, sebuah acara untuk kenderaan elektrik (EV) pertama mereka akan diadakan pada 12 Jun. Besar kemungkinan pada acara ini, Proton akan mengumumkan jenama khusus untuk EV mereka kelak.

Pengumuman ini pastinya dinantikan kerana EV di pasaran sekarang dijual pada harga yang masih belum cukup mampu milik. EV keluaran syarikat tempatan pastinya akan ditawarkan pada harga di bawah RM 100,000 sebuah. Kerana Proton kini di bawah payung Geely, besar kemungkinan salah satu kenderaan EV yang telah dikeluarkan akan dijenamakan semua untuk pasaran tempatan.

Apakah agaknya jenama yang akan digunakan oleh EV pertama Proton dan apakah jenis kenderaan yang ditawarkan kelak? Misteri mengenai persoalan ini akan terungkai pada 12 Jun ini.

Komen