Carian
Kerajaan Lanjutkan Subsidi RM120 Untuk Telefon 5G Bagi Golongan B40 Sehingga 30 Jun 2024 – Hanya Melalui Maxis, CelcomDigi Dan Yes
June 10, 2024 Aman

Kementerian Komunikasi kini mengumumkan pelanjutan tempoh penawaran Pakej 5G Rahmah untuk golongan B40 sehingga 30 Jun 2024. Sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2023 lepas, dalam usaha mengalakkan orang ramai mendapatkan peranti 5G pada harga diskaun.

Sewaktu pengenalan tempoh hari, syarikat telekomunikasi hadir dengan penawaran pelan data khusus, sekurang-kurangnya menyediakan 60GB data pada harga RM60 sebulan, dan turut ditawarkan dengan pilihan peranti 5G seperti Honor X90 Lite atau Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM240 sahaja.

Ketika itu juga, khusus untuk golongan ekonomi B40, seramai 100,000 pembeli pertama boleh mendapatkan subsidi sebanyak RM120 untuk pembelian telefon pintar. Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan peranti yang ditawarkan pada harga RM240 berkenaan, pada harga subsidi – menjadikan harga akhir yang perlu dibayar adalah RM120 untuk telefon 5G pertama mereka.

Kini, penawaran tersebut dilanjutkan lagi oleh kerajaan sehingga 30 Jun 2024 kelak. Subsidi ditawarkan sehingga RM120 untuk harga telefon pintar 5G, dan ia ditawarkan melalui penyedia perkhidmatan CelcomDigi, Maxis dan juga Yes. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh menyemak penyedia perkhidmatan telekomunikasi tersebut, dan mendapatkan peranti pada harga subsidi sebelum tamat bulan Jun 2024 ini.

Komen