Carian
Apple iOS 18 Memberikan Lebih Kebebasan Kepada Pengguna Dari Segi Rekaletak Dan Warna Ikon Aplikasi
June 11, 2024 Aman

Apple hari ini pada acara WWDC 2024 berkongsi pelbagai perkara baharu yang bakal dibawakan melalui iOS 18 kelak untuk semua pengguna telefon pintar iPhone. Salah satu perkara yang disentuh adalah sokongan untuk melakukan penyesuaian dan perubahan rekaletak pada skrin utama iPhone.

Sekiranya sebelum ini pengguna perlu mengikut susunan grid biasa pada iOS, kini melalui iOS 18, pengguna diberikan kebebasan dan boleh menyusun pelbagai ikon aplikasi mengikut citarasa pengguna. Ini juga secara tidak langsung membolehkan anda melihat gambar latar dengan lebih baik, dan tidak tersembunyi dengan paparan ikon.

Disamping itu, pengguna turut boleh menyesuaikan semua warna ikon aplikasi mengikut citarasa pengguna – dan tidak tertakluk terhad kepada tetapan asas sahaja.

Kemaskini ini bakal hadir untuk semua pengguna iPhone melalui kemaskini iOS 18 kelak, sekitar bulan September 2024.

Komen