Carian
Apple iOS 18 Membolehkan Anda Sembunyikan Aplikasi Guna Face ID
June 11, 2024 Aman

Melalui kemaskini iOS 18, salah satu perkara yang turut dibawakan oleh Apple adalah keupayaan untuk menyembunyikan sesuatu aplikasi atau kandungan, dan hanya boleh diakses melalui pengesahan Face ID sahaja.

Apple menyatakan langkah ini akan memberikan lebih perlindungan kepada data dan privasi – terutamanya ketika anda berkongsi peranti bersama rakan lain, seperti ketika menunjukkan hasil rakaman gambar, dan sebagainya.

Melalui langkah ini, pengguna boleh memilih untuk sembunyikan aplikasi, dan untuk mengaksesnya perlu melakukan pengesahan Face ID. Ini sekaligus membuatkan hanya pemilik iPhone sahaja yang boleh melihat atau mengakses aplikasi yang disembunyikan berkenaan.

Komen