Carian
Apple Akhirnya Menambah Sokongan Permesejan RCS Melalui iOS 18
June 11, 2024 Aman

Salah satu perkara yang dikritik ramai, termasuk dilobi oleh peranti iPhone adalah sokongan permesejan RCS. Kini, Apple mengumumkan melalui iOS 18 kelak, iPhone akan menyokong permesejan RCS.

Dengan langkah ini, pengguna Android dan iPhone boleh berinteraksi dengan menggunakan protokol RCS. Melalui RCS, ia bukan sekadar penghantaran mesej teks sahaja, tetapi ia turut menyokong penghantaran pelekat, emoji, gambar, video, dan sebagaunya. Ini sekaligus membolehkan aplikasi permesejan biasa digunakan seperti aplikasi WhatsApp atau iMessage.

Pada hari ini, beberapa syarikat telekomunikasi sedia menyokong permesejan RCS ini, dan dengan langkah Apple menyokongnya pada iPhone, kita mungkin melihat ia diperkenalkan dan digunakan dengan lebih meluas lagi.

Komen