Pada aplikasi GMail, kita sedia melihat Google menyusun pelbagai emel yang diterima pengguna mengikut kategori, sekaligus memudahkan lagi pengguna menyemak emel yang diterima dan menguruskannya. Kini, lebih kurang sama sepertinya, Apple menambah ciri sama melalui aplikasi Mail pada iOS 18.

Ia menyertakan sokongan menyusun emel mengikut kategori secara automatik – sekaligus membolehkan pengguna memberikan perhatian kepada emel utama, dan menguruskan emel yang kurang penting pada kemudian masa. Apple menyatakan pelbagai proses pengkategorian dan penyusunan dilakukan pada peranti.
Sokongan baharu ini akan hadir melalui kemaskini iOS 18 yang dijadualkan sekitar September atau Oktober kelak.