Apple Perkenal “Game Mode” Untuk iPhone Melalui iOS 18
June 11, 2024
Apple
Aman
Apple hari ini berkongsi sejumlah ciri baharu yang akan hadir ke iPhone melalui kemaskini sistem operasi iOS 18 tidak lama lagi. Salah satu perkara yang turut dibawakan bersama kemaskini ini adalah sokongan “Game Mode”.

Melalui ciri ini, ia menawarkan ciri seperti beberapa peranti lain di pasaran, termasuk meminimakan aktiviti pada bahagian latar, sekaligus meningkatkan kadar pemprosesan pada aplikasi permainan. Dengan langkah ini, pengguna dapat menikmati sesuatu permainan video tanpa terganggu, dengan prestasi yang baik.
Selain pada iPhone, sebelum ini pada tahun lepas Apple telah membawa ciri lebih kurang sama pada macOS.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.