Carian
Apple Perkenal Aplikasi Pengurusan Kata Laluan Untuk Mac, iPhone, iPad Dan Juga Windows
June 11, 2024 Aman

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini Apple telah memperkenalkan aplikasi pengurusan kata laluan secara rasminya, dinamakan sebagai Passwords. Aplikasi ini ditawarkan untuk platform macOS, iPadOS, iOS, dan turut ditawarkan untuk pengguna Windows melalui iCloud.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menguruskan kata laluan rentas sistem operasi dengan mudah – dan tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan pihak ketiga seperti 1Password atau LastPass.

Seperti aplikasi pengurusan kata laluan lain, pengguna boleh menguruskan pelbagai nama pengguna dan kata laluan mengikut aplikasi, sekaligus memudahkan untuk menggunakannya apabila diperlukan. Apple turut menyatakan pengurusan untuk perkhidmatan perbankan adalah berbeza dengan untuk media sosial dalam memberikan lebih perlindungan kepada pengguna.

Aplikasi ini dijangka hadir bersama-sama kemaskini sistem operasi yang akan hadir dalam beberapa bulan lagi.

Komen